what Causes a Tsunami?
What causes a tsunami?... A tsunami is a large ocean wave that is caused by sudden motion on the ocean floor. This sudden motion could be an earthquake, a powerful volcanic eruption, or an underwater landslide. The impact of a large meteorite could also cause a tsunami. Tsunamis travel across the open ocean at great speeds and build into large deadly waves in the shallow water of a shoreline.
Subduction Zones are Potential Tsunami Locations
Most tsunamis are caused by earthquakes generated in a subduction zone, an area where an oceanic plate is being forced down into the mantle by plate tectonic forces. The friction between the subducting plate and the overriding plate is enormous. This friction prevents a slow and steady rate of subduction and instead the two plates become "stuck".
Accumulated Seismic Energy
As the stuck plate continues to descend into the mantle the motion causes a slow distortion of the overriding plage. The result is an accumulation of energy very similar to the energy stored in a compressed spring. Energy can accumulate in the overriding plate over a long period of time - decades or even centuries.
Earthquake Causes Tsunami
Energy accumulates in the overriding plate until it exceeds the frictional forces between the two stuck plates. When this happens, the overriding plate snaps back into an unrestrained position. This sudden motion is the cause of the tsunami - because it gives an enormous shove to the overlying water. At the same time, inland areas of the overriding plate are suddenly lowered.
Tsunami Races Away From the Epicenter
The moving wave begins travelling out from where the earthquake has occurred. Some of the water travels out and across the ocean basin, and, at the same time, water rushes landward to flood the recently lowered shoreline.
Tsunami "Wave Train"
Many people have the mistaken belief that tsunamis are single waves. They are not. Instead tsunamis are "wave trains" consisting of multiple waves. The chart below is a tidal gauge record from Onagawa, Japan beginning at the time of the 1960 Chile earthquake. Time is plotted along the horizontal axis and water level is plotted on the vertical axis. Note the normal rise and fall of the ocean surface, caused by tides, during the early part of this record. Then recorded are a few waves a little larger than normal followed by several much larger waves. In many tsunami events the shoreline is pounded by repeated large waves.
Sunday, March 13, 2011
What Causes a Tsunami??
Posted by *X*@zh@r*X* at 8:55 AM 0 comments
Saturday, March 12, 2011
TRAGEDI 11/3/2011 Tsunami Melanda Jepun......
TRAGEDI 11/3/2011 Tsunami Melanda Jepun......
hati yang pilu mnyelubungi DIRI...
Ya ALLAH....
selamatkanlah along dan angah yang ku sayangi dan cintai......
Ya ALLAH....
permudahkanlah urusan ALONG ku dilautan nun disana menjadi pelayar dimuka bumi mu ini akan segala bencana terutama Tsunami yang melanda jepun ini..... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Kuasa.....
Ya ALLAH....
permudahkanlah juga urusan ANGAH ku yang berlepas kejepun bagi memberikan bantuan didalam menyelamat mangsa tsunami ini..... ak x sanggup kehilangan kedua2x abg ak yang tercinta...... namun jika itu ketentuannya ak redha ya ALLAH..... ak bermohon kepadaMu agar lindungilah abg ku didalam dia melakukan kebajikan dan melakukan ibadah kepadaMu.....
Ya ALLAH jauhkanlah keluarga Kami dari segala malapetaka dan bencana yang tidak tertanggung oleh Kami sekeluarga.... berkatilah kami sekeluarga dan permudahkanlah urusan kami didunia dan akhirat......
sekian.... padaMu jua ak berserah..... alhamdulillah
KAPTEN ABDUL RAZAK BIN JAMIL (MISC CORP.)
Posted by *X*@zh@r*X* at 10:58 AM 0 comments
Friday, March 11, 2011
*Ajaran Sesat*
Baru-baru ini seorang pembawa dan penyebar ajaran sesat yang mengaku sebagai Rasul Melayu telah disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun termasuk 6 bulan tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, denda RM16,500 dan 6 sebatan. Tindakan ini bukanlah yang pertama seumpamanya tetapi pernah dijalankan sejak kemunculan ajaran sesat di negara ini pada abad ke-17 lagi. Jika dahulu penyebar ajaran sesat tidak aktif dan hanya bergerak secara bersembunyi, namun kini sesetengah mereka menjadi semakin berani dan menyebarkan hal-hal yang dianggap prinsip dalam Islam seperti mengaku diri sebagai Nabi, sebagai Jibril, mendakwa menerima wahyu dan sebagainya.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 2008 terdapat sebanyak 55 jenis ajaran sesat telah diwartakan haram di Malaysia. Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), orang awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama Islam berjaya mengawal perkembangan ajaran sesat. Pada masa ini masih terdapat 12 ajaran sesat yang masih aktif.
Sebagai agama yang suci, usaha berterusan masih dilakukan untuk menyelamatkan akidah ummah dan menjamin keselamatan negara. Apa yang nyata, perbuatan melampau kumpulan ajaran sesat ini adakalanya menyamai keganasan jenayah sivil seperti penculikan, ugutan, pemerasan wang, dan pembunuhan. Malah, tindakan penyebar dan pengikut ajaran sesat ini, sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan yang sangat buruk.
Persoalan besar timbul ialah mengapa umat Islam masih keliru dengan ajaran Islam dan ajaran sesat itu?. Tidak lain ialah kerana mereka merasa terkongkong dengan pantang larang Allah SWT dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang jahat supaya segala hajatnya diperolehi dengan jalan yang lebih mudah. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat”.
(Surah al-Fatihah:7)
Berdasarkan ayat tadi, Allah SWT menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang sesat iaitu mereka yang tidak betul kepercayaannya atau amal ibadahnya dan rosak akhlaknya. Ini bermakna sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya adalah ajaran Islam, tetapi berlawanan dengan akidah dan syariah Islam adalah dihukumkan sesat.
Fahaman atau ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah satu dari sepuluh ciri-ciri. Namun ciri-ciri ini hanya boleh diputuskan oleh pakar agama atau Jawatankuasa Fatwa bagi menentukan suatu ajaran itu sesat dan menyesatkan atau tidak. Ciri-ciri tersebut ialah:
Pertama: Mengingkari rukun iman dan rukun Islam.
Kedua: Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak.
Ketiga: Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran.
Keempat: Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran.
Kelima: Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat.
Keenam: Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam.
Ketujuh: Memperlekeh atau merendahkan para Nabi dan Rasul.
Kelapan: Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.
Kesembilan: Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak.
Kesepuluh: Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syarie.
Berdasarkan sepuluh ciri-ciri tadi, mimbar ingin mengingatkan sekalian bahawa ajaran sesat ini akan terus berkembang dengan adanya faktor-faktor pendukung seperti berikut:
Pertama: Perbalahan Terbuka di Kalangan Ahli Agama.
Organisasi Islam sama ada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, perlu menerima bahawa usaha dakwah dalam membina akidah umat Islam masih perlu diperbaiki lagi. Jangan kita bersikap mementingkan diri sehingga berpecah belah dalam mencapai matlamat atau agenda sendiri. Kita perlu bersatu padu kerana realitinya umat Islam masih ketandusan iman. Sekarang bukan masa untuk kita bercakaran sesama sendiri, tetapi masa untuk menggandakan usaha dakwah dan memantapkan akidah supaya Islam menjadi agama di yakini oleh penganut agama lain.
Kedua: Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang.
Ajaran sesat adalah satu ancaman besar dalam negara. Justeru, jika disabitkan bersalah undang-undang yang tegas perlu diambil. Jangan sekadar tangkap, tetapi ajarannya masih bebas kerana kesesatan akidah bukan sekadar jenayah dan kejahatan, ia juga boleh menjadi penyebab kes bunuh diri. Kegiatan ini perlu dibanteras ke akar umbi agar tidak ada lagi ajaran sesat. Pihak penguatkuasa dan undang-undang perlu tegas, agar tidak timbul alasan tidak tahu, tiada kuasa dan sebagainya dalam menangani ajaran sesat.
Ketiga: Wujud Pembela Ajaran Sesat.
Perkembangan ajaran sesat ini diburukkan lagi dengan kelompok liberal yang taklid secara membuta-tuli dengan pelbagai alasan. Mereka sering menggunakan isu kebebasan beragama dan kebebasan mentafsirkan ajaran agama sesuka hati. Disebalik kebijaksanaan akal yang cetek iman, mereka menghina Islam.
marilah kita sama-sama memelihara pegangan akidah kita dengan langkah-langkah berikut:
1. Memantapkan kefahaman agama Islam secara istiqamah dari sumber yang benar dan tepat.
2. Memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
3. Mendidik anak dan beramal dengan ilmu syariat yang sahih.
4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk memastikan guru dan ajaran yang diajar terutama ajaran Tariqat/Tasawwuf tidak bercanggah dengan Islam.
5. Menguatkuasa undang-undang dengan tegas hingga ke akar umbi.
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya”. (Ali Imran:19)
Posted by *X*@zh@r*X* at 8:40 AM 0 comments
~Cinta & Sayang~
Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.
~ Dato’ A Samad Said
Posted by *X*@zh@r*X* at 8:12 AM 0 comments
Dambaan Hati Nurani
Ak bersyukur akan pemberianMu diatas segala nikmat dan juga segala berkat yang dilimpahi rahmat buat diriku ini....
Ya ALLAH,
Tangan ini menadah kepadaMu, mata ini tunduk kepadaMu, serahkan segala tubuhku hanya kepadaMu,Cinta dan sayang juga hanya untukMu...
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya... tak tertanggung rasanya akan dugaan dan cabaran yang Engkau berikan.... namun diatas kepercayaan ku ini terhadapMu, ak sanggup lakukan apa sahaja bagi menuju ke SyurgaMu....
Kaki ini yang melangkah mencari cinta yang abadi..... hati ini yang jujur, ikhlas dan tulus hanya padaMu, tangan ini yang bergerak menghalang hamparan durjana... mata ini melihat segala keajaiban..... sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun...........
Posted by *X*@zh@r*X* at 7:02 AM 0 comments